[REVIEW] Laneige Essential Trial Set (Light)

Assalamualaikum.
Alhamdulillah akhirnya umur aku dah genap 20 tahun pada 1hb Oktober lepas. Terima kasih kepada yang wish dan bagi hadiah. Aku sangat hargainya. Untuk pengetahuan korang, aku dahpun melanjutkan pelajaran di UKM dalam kos sastera. Alhamdulillah aku dapat universiti yang aku nak selama ni dan belajar kos yang aku dah belajar kat form 6. Korang dah baca entry form 6 aku? Kalau belum, boleh klik SINI :)


Untuk hari lahir aku 1hb lepas, aku dapat satu set skincare Laneige as my birthday present. Thanks to my sister yang bagi. Aku tak expect dia bagi aku set skincare yang trial punya. Finally aku berpeluang jugak nak try produk korea yang mahal :) even bukan dibeli dgn duit aku sendiri. Untuk entry kalini, aku akan review lah apa yang ada kat set skincare trial laneige tersebut. Kalau aku ada masa, aku selitkan sekali skincare routine aku 😊

Set trial Laneige ni ada 5 produk. Set ni sesuai untuk jenis muka combination sebab dia ada light % of ingredients which is good lah takkan buat kulit muka korang too oily bila guna. Kalau korang pernah dengan tentang produk Hada Labo Lotion, ada yang Light dengan Rich kan? haa function dia still sama cumaa brand sahaja yang berbeza.



So, first adalah cleanser yang digunakan untuk cuci muka. Cleanser ni nama dia Laneige Multi Deep- Cleanser. untuk step pertama, kita kena cuci muka dulu lah macam biasa. the thing yang aku suka tentang cleanser ni adalah rasa bersih selepas guna. untuk ingredients, aku tak pasti kalau sesuai ke tak dengan kulit sensitive sebab muka aku takde irritation berlaku after guna. malah aku rasa muka lagi bersih kalau pakai cleanser ni than cleanser aku yang lain. so, untuk cleanser is good atm hope kalau takde iiritation dalam jangka masa ni, i will try the normal packaging pulak tapi this harga memang mahal so kalau ada duit lebih, i will buy the normal one :D



Second is toner atau refiner. i tak tahu lah kalau orang korea panggil toner ni as refiner sebab texture dia berair macam toner. so untuk this refiner, pakai macam biasalah after cleanse muka. boleh diaplikasikan guna cotton pad or letak kat tangan then terus pakai kat muk (make sure tangan bersih) but for me, sebab packaging dia kecik, susah lah nak letak kat tangan sebab dia keluar sikit-sikit so i pakai kapas je. This refiner is good. tak tahu nak kata bagus ke tak tapi best lah pakai kat muka. wangi dia indah dan menenangkan.



Third is emulsion. act i tak tahu emulsion ni apa. texture dia pekat warna putih. maybe lotion untuk muka kot and maybe ni step-step skincare orang korea. this emulsion dipakai selepas pakai refiner di muka. and i kalau pakai, i pakai dengan kuantiti yang sedikit sebab kalau pakai banyak muka boleh buat muka berminyak. i dont know why sebab ni set untuk combination-oily skin. my skin kat bahagian cheekbone mmg kering tapi kat bahagian hidung oily teruk. but when i pakai this emulsion kat cheekbone, jadi oily. theres must be something wrong with the ingredients. i will check later.



Forth is essence. Essence ni paling berat rasanya and the best is sebab its come with pump and paling lawa lah tapi failed kat muka aku. after pakai emulsion, kita akan pakai essence tapi essence ni buat muka aku lagi oily :( i dont know lah set ni untuk orang combination/dry sebab oily kat bahagian cheekbone again. Aku kenkadang skip this thingy sebab malas haha and yet i need to check the ingredient again...



Fifth is moisturiser. everyone tahu kan function moisturiser apa. this moisturiser best sebab tak langsung react oily kat muka aku. aku suka moisturiser ni sebab dia texture dia gel lagipun this moisturiser ada jugak yang jenis cream which is good for dry skin. best lah maybe ni baru betul kot untuk kulit combination macam aku. moisturiser is good as i thought. great laneige. i already found the other moisturiser as great as the hada labo one hehe.



I dont know if this is the sixth step or what bcs product ni digunakan sebelum tidur as sleeping mask. so, this product act macam mask lah sebab dia extra lah untuk muka korang. aku akan pakai this thing sebelum tidur and biarkan sampai esok pagi. no need to basuh. besok pagi boleh tengok muka glowing sikit lah takde lah macam mayat hidup. btw this product  memang hot lah sekarang. effective result kalau korang guna selalu lah.



Overall, all of this product aku guna as skincare routine aku bila aku ada kat rumah. kalau kat kolej, aku tak pakai ni sebab kolej banyak habuk so benda mahal kena simpan baik baik lagipun ni hadiah birthday kan so why not aku simpan kat tempat baik sikit. so, everytime weekend kalau aku balik rumah tu aku akan pakai nilah. so, thats all lah mini review from me gaiss. hope korang enjoy dengan apa yang aku bebel pagi buta macam ni haha. ok gaiss see you in my next post :)

much love;
ffr 🦄

4 comments:

  1. mcm best pula nak try yg trial set ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try kalau nak tgk sesuai kat muka ke tak :)

      Delete
  2. Produk ni popular dekat korea kan? tapi harganya agak wow sikit lah. Tapi apa salahnya melabur untuk kulit yg sihat dan cantik kan.. bestnya dpt hadiah skincare gini. hehe

    ReplyDelete
  3. wow laneige. walaupun satu set, kita tak biasa pakai semua kan. macam mya, lebih suka beli satu-satu. takut tak terpakai je.

    ReplyDelete

Instagram