A Little Side about Him


Assalamualaikum.

Sebenarnya i tak nak buat post ni sebab nanti orang rasa meluat. tapi i nak buat jugak post ni sebab tubuhnya blog ini (2014) adalah disebabkan dia. maybe a short post from me :) i takkan mention sesiapa sebab post ni privacy sikit dalam hidup i tapi nak share sebab ini pernah menjadi perkara penting dalam hidup i haa cewahh.

Pada mulanya i buat blog bila i rasa nak luahkan sesuatu. He know about this blog before sebab i banyak tulis pasal dia (sekarang post tu dah delete). macam i cakap, tubuhnya blog ni sebab hadirnya perasaan sayang dalam diri ini. at first, kalau sesiapa masih kenal blog nama lama i, dorang akan ingat ayat ayat poyo yang pernah di post di blog ini. dan ketika itu juga, blog ni hanya sekadar suka-suka tapi alhamdulillah, disebabkan terdetiknya diri ini nak luahkan sesuatu di medium sosial ini, i masih setia dengan blog ini.

Sebab itulah email yang digunakan untuk blog ini merupakan nama gabungan kami. i tak pernah guna lagi email tu lepas ada konflik berlaku. kalau ada yang ingat, email tu i selalu letak di bio sidebar untuk memudahkan hal-hal seperti collaboration dan sebagainya. lepas tukar email ke bblogfeii01@gmail.com , tak ramai yang kenal blog i :) patutkah i guna email tu balik? kalau i guna, nanti orang kata i tak move on pulak hehe :p tapi, tulah first love kan. buat macam mana pun tetap susah nak lupa sebab dia yang pertama bagi kita feeling macam ni.

Tapi overall, i nak berterima kasih kepada dia kerana dia, blog ini ditubuhkan. siapa sangka daripada blog luahan perasan, kini ke personal blog yang i boleh dapat sedikit side income. in case ada yang berminat nak tubuhkan blog, buat lah :) best main tulis blog ni. korang boleh merepek sikit, takde siapa nak marah hehe :)

2 comments:

  1. Alaa bestnya kalau dapat follow blog ni dari awal huhuu bolehla tau sikit pasal dia kan? haha

    https://mylittlestoryi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. yang lalu kita kenang yang manis2 saja.. skrng ada blog hehe seronok kan dapat tulis2..

    ReplyDelete

Instagram