Karangan SPM : Peranan Pelbagai Pihak dalam Melahirkan Remaja Bersahsiah Mulia

    


     Menjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita dappati bahawa tapak hijau kini menjadi mangsa pemodenan dan pembangunan negara. Sering meniti dari bibir ke bibir tentang kemaslahatan sosial yang melibatkan remaja yang yang kian melonjak naik. Menurut statisti yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato' Jailani Bin Johari menyatakan bahawa 80 peratus masalah sosial adalah di kalangan remaja. Hal ini amat merunsingkan pelbagai pihak kerana remaja inilah merupakan peneraju negara pada masa akan datang. Ini secara tidak langsung juga menyebabkan kebejatan akhlak remaja tersebut  akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda kerana pemuada harapan bangsa, pemudi tiang negara. Umum mengetahui bahawa remaja yang bersahsiah tinggi boleh dianalogikan sebagai biji benih yang baik dicampakkan ke atas darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang. Persoalannya, siapakah yang perlu menyusun langkah yang sederap bagi membentukakhlak terpuji ini? Jelas kini bahawa peranan daripada pelbagai pihakpenting dalam mewujudkan anak-anak yangcemerlang dan menjadi pelapis dunia yang berkualiti. Justeru, remaja merupakan modal insan yang penting untuk negara bagi menjelang wawasan 2020, persis kata Sukaerno, gantunglah cita-citamu di dada langit(bintang) walaupun kakimu menjejaki perlimbahan. Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, maka usaha proaktif, sistematik dan pragramatik harus dijalankan berterusan oleh setiap pihak mampu untuk membentuk  dan mencorak akhlak terpuji dalam diri seseorang.

     Lanjutan daripada huraian di atas, remaja merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah negara maju. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan signifikan dalam proses pembentukan warganegara yang berkualiti. Sikap mahmudah perlulah ditunjukkan oleh ibu bapa kerana anak-anak dilahirkan ibarat kain putih bersih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Mahjusi atau Nasrani. Sebagai tamsilan,, ibu bapa  hendaklah mendidik anak-anak dengan mengerjakan solat lima waktu sehari semalam sejak kecil lagi. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik anak ketika dewasa umpama mengukir di atas air. Selain itu, ibu bapa juga seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak misalnya ibu bapa perlu memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak agar mereka mampu untuk menjaga imej diri, ibu bapa dan negara. Hal ini demikian kerana nilai murni yang diterapkan di lubuk hati mereka ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk berhadapan dengan realiti kehidupan bermasyarakat yang penuh onak duri untuk menjadi lebih cemerlang. Hakikatnya, ibu bapa zaman moden ini hanya berkiblatkan materialistik dengan mengejar habuan serta kemewahan duniawi semata-mata sehingga alpa akan tanggungjawab mereka kepada anak-anak sekaligus pembentukan remaja yang berkualiti untuk negara tidak dapat dilaksanakan. Lantaran itu, ibu bapa wajar menjadi cerucuk utama bagi anak-anak mereka dalam melahirkan generasi muda yang berguna. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Muliakanlah anak anak kamu dengan mengajar mereka ada dan ilmu agama. Barang siapa yang memuliakan anak anaknya, Allah akan memuliakannya di dalam syurga."

    Bagi melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yang signifikan. Pihak sekolah berperanan penting untuk melahirkan insan yang kreatif dan kritis. Sukatan pelajaran dan kokurikulum sekolah perlu mengalami reformasi dan keluar dari kepompong yang tradisi dan statik. Ekoran daripada itu, pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar mengemukakan idea mereka. Pertandingan reka cipta robotik, laman web dan fesyen serta lain-lain lagi perlu diadakan . Secara tidak langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku teks sahaja tetapi perlu bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk mencetuskan idea yang kreatif dan kritis bak kata pepatah, pokok tumbang belatuk tumpang mati. Dengan itu, pelajar mahupun remaja mampu membentuk diri mereka sebagai warganegara yang bersahsiah terpuji serta berkualiti. Selain itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan remaja sebagai pemimpin yang berwibawa . Tidak lain tidak bukan pemimpin yang berketerampilan perlu bersikap disiplin, tanggungjawab, amanah, dapat bekerjasama, berinteraksi dan bermusyawarah dengan orang lain serta berupaya berucap di khalayak ramai. Dalam situasi ini, pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada pelajar untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Setiap pelajar perlu diberikan peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam kelas, persatuan kokurikulum dan pasukan beruniform. Menurut kata-kata mutiara, “Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menziarahi keunggulan anda.” Justeru itu, guru sebagai penasihat harus membimbing pelajar untuk menjadi pemimpin tanpa banyak campur tangan. Seperti peribahasa, “bumi mana tidak ditimpa hujan”, pelajar yang bersalah atau bersilap perlu diberi peluang untuk membaiki diri mereka sehingga meminimumkan kelemahan mereka. Kepimpinan seseorang insan akan berputik setelah dibimbing, diasak, dilatih dan diberi peluang. Hakikatnya, sekolah merupakan medan yang kondusif untuk membuahkan modal insan yang bercirikan kepimpinan dan bersahsiah terpuji.

      Untuk merealisasikan Wawasan 2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia,kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Hal ini dapat diketengahkan kerana pembangunan kerohanian dapat melahirkan modal insan yang cemerlang terutama dalam golongan remaja. Hal ini kerana mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui cerucuk kepimpinan di negara kita. Dalam konteks ini, modal insan yang cemerkang memerlukan ciri ciri yang unik iaitu berintelek, berakhlak mulia, kreatif dan kritis, berbadan sihat serta memiliki kepimpinan persis kata William J. Siggel, manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang. Oleh itu, semua pihak yang terlibat dalam perlu merancangkan tindakan yang efektif untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, untuk melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yang signifikan Sekiranya, suatu pun tiada kpd kamu daripada yang tersebut, alamatnya punah-ranahlah kamu.Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahaga akan kesedaran sejati itu.

      Akhirulkalam, modal insan yang menjadi harapan negara ialah generasi muda yang berpendidikan formal, berjati diri mulia, sihat walafiat dan beriman. Demi mendukung cita-cita dan hasrat negara ini, remaja hendaklah melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk jati diri yang unggul, bukannya membilang buah kerayung seperti melepak di kompeks beli-belah, berlumba haram dan berjudi tetapi sebagai remaja yang berintegriti jadilah seperti burung jentayu uyang patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkatkan dagu. Semua pihak seyogianya bekerjasama ibarat bukit sama didaki, kelurah sama di turuni supaya generasi dotkom di negara kita dapat menjadi pemimpin berkualiti pada masa akan datang. Oleh itu, peranan daripada pelbagai pihak perlu dalam melahirkan remaja yang bersahsiah mulia bagi membangunkan negara menjadi semakin maju. Seperti yang dikatakan oleh William Shakespeare, usaha yang gigih janganlah ditangguhkan ataupun diberhentikan sehingga hasilnya belum tercapai. Dengan usaha ini, remaja bukan sahaja akan menjadi modal insan kelas pertama bahkan dapat memperkasakan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang maju yang dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
            
                                            Menangkap lokan hanya sia-sia,
                                            Letak di bendang dimakan helang,
                                            Remaja mangkin kemajuan Malaysia,
                                            Penjana modal insan yang cemerlang.

2 comments:

  1. Assalamualaikum saya Nor Asikin bt Jamaludin mohon izin gunakan bahan tuan untuk murid-murid saya Tkasih

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, saya Nik Syafiqa sebagai pelatih guru ingin meminta izin menggunakan bahan tuan ini sebagai rujukan untuk esei. terima kasih.

    ReplyDelete

Instagram