November 19' Drama [Short Review]



Assalamualaikum.
Story tentang drama sebenarnya feii tengah habiskan masa untuk tengok drama dengan movie dan drama. almaklumlah banya masa kat rumah ni kan,


Thailand Drama : When I Marry A Stranger (Jao Sao Jum Yorm)
If you love thai drama, this will be a recommend for you. Maysarin, anak orang kaya yang tersepit di antara keluarga dan cinta malah dia tidak mempercayai lelaki lain selain kawan baiknya, Sarut. Pada hari perkahwinannya, Sarut lari dengan kekasihnya, Pin yang juga bakal berkahwin dengan Kade, usahawan terkenal. May dengan Kade ni kira mangsa lah sebab pengantin mereka lari dan tak jadi kahwin. start from that, mereka berdua yang mabuk telah membuat satu perjanjian perkahwinan pada malam tersebut. a bit cliche but overall drama ni okay lah untuk ditonton.

Thailand Drama : The Sand Princess
Another recommend romance drama sebab tak banyak watak antagonis. Kodchanipa, anak yatim piatu yang berkawan dengan Jirapat atas dasar duit semata-mata. Kod ni tak jahat pun cuma dia buat apa yang diarahkan Ji sebab dia perlukan duit untuk bayar yuran belajar dia. Storyline dia best sebab ada plot twist sikit. Jirapat dengan Kitakorn ni hero sebab dorang berdua adik beradik dalam drama ni. Kod ni cantik, kalau korang pernah tengok movie thai first love yang mario maurer berlakon tu, haa ni lah P'nam versi lepas dah cantik hehe. Jirapat watak dia macam childish tapi hensem while Kitakorn tu watak dia gentleman and dia cute sebab ada dimple.

Chinese Drama : I Love My President Though He Is Psycho
yang ni drama version from manga "Bossy President". at first, feii suka manga tu sebab hero dia hensem tapi bila tengok je drama, hero dia memang hensem tapi heroin dia macam tak sesuai sebab tak terlalu nerd. feii lagi suka manga version walaupun belum complete lagi. storyline pada awal mulanya nampak best tapi bila dah sampai klimaks tu rasa bosan nak tengok sebab banyak sangat konflik. kalau korang malas nak tunggu manga tu update tiap hari, tengok lah drama ni. tak best sangat dan tak worst sangat. just so-so sahaja. I expect more from this but nvm hmm.

Chinese Drama : Go Go Squid!
At first, drama ni macam tak menarik je maybe sebab tajuk kot tapi jadi best dari episode ke episode. every episode is worth to watch! rasa macam belum move on lagi sebab best sangat drama ni. siapa yang suka main game tu, you might love this hehe. Tong Nian ni ada crush kat Han Shangyan dan percaya kepada cinta pandang pertama. Han Shangyan ni pulak perangai asyik nak marah orang je kiranya dia tegas lah. so, kat sini cerita dia full of friendship and love. Selain tu, part friendship antara Team Solo yang mereka bergaduh sampai 10 tahun tak berbaik tu memang menyayat hati sangat lah. Hero dan heroin punya chemistry sangatlah cute dan korang akan ship je duaorang ni. tambah pulak watak ahli K&K yang kelakar dan comel je. this would be my favourite drama lepas Ten Miles of Peach Blossoms

No comments:

Post a Comment

Instagram