A Little Confession about Semester 1


Assalamualaikum | feiiXukm
Setelah sekian lama, akhirnya dengan baki-baki study week, aku dah ke final semester 1. pejam celik dah final. baru aku sedar, apa yang aku belajar selama ni aku sendiri tak tahu. sebenarnya aku sambung degree kat ukm dalam course sastera persuratan melayu. ye aku tahu korang mesti nak kata course aku buat surat kan? :")  course aku ni course sastera sebab masa form 6 aku amik sastera tu yang sangkut kat ukm ni. lagipun course ni sama dengan cikgu form 6 aku dulu. so why not kan. 

Dulu masa form 6, aku teringin nak belajar jauh. Bagi aku, kalau aku belajar jauh, aku boleh tinggalkan semua masalah aku kat rumah. Aku bercadang gak nak belajar kat terengganu sebab suka main pantai tapi lepas form 6, aku ditakdirkan untuk sambung study kat ukm. sebenarnya, aku memang dah lama nak sambung kat ukm sebab aku suka ukm haha. Alhamdulillah dapat sambung kat universiti yang dekat sebab tiap minggu boleh ulang alik >,< . Aku bersyukur bila aku dapat sambung kat Bangi sebab dekat je dengan Melaka. Lagipun, aku ni selalu homesick, rindu family, rindu kucing, rindu bantal busuk kat bilik haha. so, kira okaylah kalau homesick je balik. Nasib baik tak belajar jauh lol (padahal dulu teringin nak belajar jauh).

And lupa nak bagitahu yang aku duduk kat Kolej Dato' Onn. kolej ni kolej lama. zaman cikgu form6 aku duduk kolej ni haha tapi masih kukuh even dah hampir separuh abad. kolej aku ni kecik je. students pun tak ramai. so, kalau nak duduk kolej tahun 2, kena kumpul merit. tu yang sekarang kalau korang perasan, aku dok post pasal program aku kat fb, whatsapp, ig semua. aku gigih ok nak kumpul merit punya pasal. benefit join program kolej ni kau boleh jamin duduk kolej tahun depan and dapat jalan jalan. tapi cons dia bila kena bahagi masa dgn study and duit banyak habis sebab nak beli itu ini. Aku kira beruntung lah sebab kolej aku ni banyak program kalau nak dibandingkan dengan kolej lain. and mostly kitorang punya program banyak berjalan je. In case kalau tak dapat duduk KDO tahun 2, kenalah mintak kolej lain yg besar. tapi aku sayang KDO haa cewahh 💖

Tulah serba sedikit tentang life aku kat kolej and degree. aku akan hadap final bulan Januari tahun depan. doakan aku ye. sejujurnya, aku masih terpinga-pinga nak study apa untuk final haha. doakan aku gaiss supaya aku dekan semester 1 ni inshaAllah aminn. aku tak harap banyaklah. semoga fefiraizah yang bersikap pemalas dan suka buat kerja last minit, berubah untuk semester hadapan inshaAllah aminn. dan aku harap yang baca entry post aku kalini, berjaya dalam hidup.

sincerely,
feii (ffr)

6 comments:

  1. Good luck on your final next year :)

    ReplyDelete
  2. Wah..menariknya course ni. Dulu masa sekolah kin suka sgt subjek bahasa melayu tp kin x ambil jurusan sastera.. btw, semoga maju jaya selalu !

    ReplyDelete
  3. All the best dear kat UKM. Take care and remember effort never betray! Happy new year btw!

    ReplyDelete

Instagram